It is all about Hardware

dcfcvfvfvf#1 Motherboard (MOBO)


#2 Power Supply Unit (PSU)

Apakah itu unit bekalan kuasa?
     Unit bekalan kuasa adalah satu sumber kuasa elektronik yang disambung daripada soket dinding dengan nilai voltan tertentu (230VAC/115VAC) dan menukarkan kepada voltan DC untuk membekalkan arus pada komponen-komponen dalam komputer seperti papan induk dan sebagainya.

Apakah itu 80 plus certificate?
     Secara ringkas, 80 Plus certificate adalah satu piawaian satu bekalan kuasa, piawai ini membuktikan bahawa bekalan kuasa tersebut mampu mengeluarkan output Watt mencecah dah melebihi 80%, sebagai contoh bekalan kuasa 1000 Watt yang dapat mengeluarkan output sehingga 800 Watt.
     Terdapat juga pelbagai jenis 80 plus certificate seperti di bawah :

Draf 80 plus certificate

Apakah itu regular dan modular power supply?
     Ianya menyatakan bahawa kabel bekalan kuasa itu kekal ataupun yang boleh ditokok tambah.
Kelebihan bekalan kuasa modular adalah ianya lebih effiensi dari regular dimana tidak berlaku pembaziran voltan pada kabel-kabel lebihan yang tidak digunakan.
     Salah satu lagi kelebihan bekalan kuasa modular ini adalah ianya dapat mempertingkatkan kekemasan casing anda dan secara tidak lansung ianya dapat membantu pengudaraan dalam casing secara lebih baik untuk mengawal suhu komputer.

Sumber : http://www.plugloadsolutions.com/80PlusPowerSupplies.aspx

Apakah perbezaan antara single rail dan multirail power suppy?

Single rail lebih effiensi dalam membawa keseluruhan watt dengan menggunakan satu kabel yang besar untuk menampung segala voltan
Multi rail menggunakan beberapa kabel untuk menghantar semua watt yang dikeluarkan.

Kenapa single rail lagi bagus?
     Jika menggunakan graphic kad yang berkuasa tinggi ataupun menggunakan teknologi crossfire ataupun SLI, single rail dapat menampung segala watt, akan tetapi multi rail ada kemunkinan besar salah satu kabel tidak dapat menampung watt yang diperlukan oleh kad grafik tersebut.


#3 Hard Disk
Apakah spesifikasi yang selalu digunakan pada cakera keras?
     i. Saiz memori
    ii. Saiz cache
   iii. Jumlah pusingan setiap minit (rpm)
    iv. Jenis antaramuka yang digunakan (S-ATA or P-ATA/IDE)


Cara-cara untuk memeriksa bilangan cakera keras di komputer kita.
    i. Buka command prompt
   ii. Taipkan :
                      diskpart
   iii. Selepas itu diikuti dengan :
                      list disk
anda juga boleh memilih cakera keras anda dengan menaip select disk untuk melakukan apa-apa perubahan pada cakera keras seperti menformat ataupun mencipta partition yang baru.

 ini adalah contoh template yang digunakan untuk meletakkan drive letter pada hard disk, menformat ataupun membuat partition yang baru

dan ini pula adalah output  yang sepatutnya jika kita melakukan apa-apa perubahan pada cakera keras kita.



#4 Mechanical Keyboard

Kenapa papan kekunci mekanikal ini adalah diantara yang termahal? Kerana ianya menggunakan actuator mekanikal tidak seperti papan kekunci biasa. Apakah kelebihan papan kekunci mekanikal ini? Ianaya digemari oleh para gamer dah ianya juga sangat susah hendak rosak. Satu lagi, papan kekunci jenis ini adalah berat, tapi itu tidak menjadi masalah. terdapat pelbagai tahap daya yang diperlukan untuk keyboard ini, seperti gambar di atas, ianya merujuk dari yang paling keras dah yang paling lembut keypad papan kekunci tersebut.

Di bawah ini pula adalah layout bagi keyboard setiap sistem operasi, di mana layout sistem operasi Linux adalah sama seprt Windows.

Linux/Windows Layout
Machintosh Layout
Google OS Layout

#5 FAN




Kipas memainkan peranan penting dalam penjagaan suhu sesebuah komputer, terdapat pelbagai saiz dan rekabentuk kipas bertujuan untuk memaksimumkan aliran angin dan meminimumkan tahap bunyi -db.

Antara faktor penting untuk setiap kipas yang sesuai digunakan untuk sistem penyejuk adalah :
a. Saiz kipas yang bersesuaian
       Terdapat pelbagai saiz kipas yang ada di pasaran seperti 120mm dan 140mm yang paling bayak ditemui.

b. Kelajuan pusingan per minit (RPM)
        Pusingan per minit, semakin laju pusingan per minit, semakin cepat aliran angin

c. Cubic per minute (CFM)
        CFM, lagi besar spesifikasi CFM kipas tersebut, lagi efisien sistem penyejuk komputer anda.

d. Tahap hingar (-db)
         Lagi kecil nilai -db, lagi senyap kipas beroperasi.

Lagi mengenai kipas :
 Kesan arah angin kipas di dalam chasis